Facebook ialah platform media sosial yang paling banyak digunakan di seluruh negara pada era kini. Apa yang perlu dilakukan oleh penguna sekarang ialah hanya perlu log masuk ke akaun masing-masing sekiranya pengguna telah mendaftar. Facebook merupakan salah satu tempat untuk pengguna berhubung secara maya. Statistik Facebook pada tahun 2021 sudah pun menunjukkan lonjakan yang tinggi. Namun, lonjakan tersebut tidaklah berhenti setakat itu, pada tahun 2022, statistiknya melonjak sekali lagi. Berikut merupakan beberapa statistik Facebook pada tahun 2022.
1. Statistik Facebook secara umum
Jumlah pengguna Facebook yang aktif secara bulanan mecapai sebanyak 2.91 bilion pengguna secara bulanan. Ini merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan pengguna aktif pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 yang hanya mencapai 2.74 bilion pengguna. Pengguna Facebook sentiasa semakin meningkat dari tahun ke tahun lebih-lebih lagi apabila kita diserang pandemik Covid-19.
2. Statistik Pengguna Facebook
Sebanyak 79 peratus pengguna Facebook yang aktif secara harian. Peratusan ini kekal dari tahun 2020 hingga ke 2022. Facebook telah menjadi media sosial yang paling popular pada abad ini. Instagram menjadi tempat teratas bagi pengguna yang berumur bawah 25 tahun. Namun begitu, Facebook merupakan rangkaian sosial yang diminati oleh pengguna lelaki yang berumur 25 hingga 34 tahun dengan 15.9 peratus, manakala bagi yang berusia 35 hingga 44 tahun sebanyak 17.7 peratus. Bagi pengguna wanita yang berumur 35 hingga 44 tahun pula sebanyak 15.7 peratus manakala bagi pengguna wanita yang berumur 45 hingga 54 tahun pula sebanyak 18 peratus
3. Statistik penggunaan Facebook
Hampir 20 jam sebulan yang bermaksud sehari dalam seminggu jika melakukan kerja sampingan atau pekerjaan sementara. Jadi, sekiranya kandungan kurang mendapat sambutan atau perhatian. Anda sepatutnya mencuba benda baru atau menukar kandungan anda. Anda juga boleh melabur sedikit dalam mencari audience yang ingin ditetapkan seperti dalam FB Ads. Purata harian menunjukkan bahawa pengguna meluangkan sebanyak 33 minit sehari untuk menggunakan Facebook.

4. Statistik Perniagaan Dalam Facebook.
Sebanyak 53 peratus pengguna lebih suka membeli dari peniaga yang menggunakan Live Chat seperti yang Facebook Messenger. Facebook membolehkan setiap perniagaan untuk meletakkan Facebook Messengger Live Chat ke website untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Walaupun Facebook Mesengger mempunyai ciri yang agak sempurna, ia terhad kepada Facebook Messenger sahaja.
5. Statistik Facebook Ads
Cost-per-click juga sudah meningkat naik dengan 13 peratus berbanding 2020. Purata kos bagi setiap klik iklan di Facebook ialah 0.38 USD pada tahun 2020, ia lebih rendah daripada tahun-tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh kesan pandemik coronavirus. Namun begitu, tetapi ia kembali pulih pada tahun 2021 dengan purata CPC sebanyak 0.43 USD.
i. Facebook ads mencapai 2.11 bilion
Potensi iklan Facebook mencapai 2.11 bilion orang. Meta mendakwa jumlah penonton iklan mereka ialah 2.11 bilion orang, atau 72.5 peratus daripada jumlah 2.91 bilion pengguna aktif bulanan mereka. Selain dari antara platform sosial yang paling ramai pengguna, Facebook juga merupakan platform yang mempunyai potensi jangkauan iklan tertinggi.
ii. 50% pengguna lebih gemar melihat produk dari Facebook Story
Pengguna lebih suka format Facebook Story dan peniaga membuat iklan yang berkesan kerana menggunakan Facebook Story. 58% pengguna menyatakan telah melawati laman web jenama daripada iklan Facebook Story manakala 31 peratus darinya telah melayari Facebook Marketplace. Facebook Story merupakan satu video pendek kurang dari 1 minit yang boleh dikongsikan oleh satu pengguna kepada pengguna Facebook yang lain. Namun begitu, satu Facebook Story hanya boleh dilihat oleh pengguna lain selama 1 hari sahaja. Selepas 24 jam, Facebook Story tersebut akan hilang
6. Statistik Facebook Marketplace
Facebook Marketplace ads telah mencapai seramai 562 juta pengguna yang melayari Facebook Marketplace. Facebook Marketplace tidak seperti laman e-commerce, Facebook Marketplace membenarkan perniagaan menyenaraikan item secara percuma, termasuk kenderaan, hartanah sewaan dan banyak lagi. Statistik bagi Facebook Marketplace boleh mencapai sehingga 9.1 peratus pengguna dari seluruh dunia bagi kategori yang berumur 14 tahun dan keatas.
Artikel Asal : Ubaidullah Jaafar