Persediaan Hadapi Trafik Tinggi Di Website

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sebelum kita nak lancarkan produk baru, atau run ads dengan budget yang besar. Kita kena pertimbangkan juga kesediaan hosting @ VPS untuk menampung trafik yang tinggi. Semestinya, penggunaan tinggi pada IO, CPU, RAM. dan bila dah sampai limit, selalunya web akan breakdown. Jangan pakai specs hosting or VPS rendah kalau nak main launching or spend ads besar.

Trik Urus Website Trafik Tinggi

1. Asingkan Website

Web yang terima traffic tinggi, hanya jalankan fungsi sales page shj. Manakala web yang proses order di website lain. Disini, kita akan asing sistem atau plugin yang ada kalanya traffik tinggi ganggu proses order. Sebab proses order melibatkan: PHP & SQL database. Semestinya, penggunaan resources agak tinggi disini, contoh

Web 1: ..Sales page yang terima traffic tinggi, cukup dengan plugin Elementor & Optimize Speed shj.
Web 2: ..Web untuk urus tempahan order di Website lain dimana gunakan seminimal plugin iaitu Woocommerce dengan basic plugin lain..

Di button CTA sales page, hanya letak link actionable shj.. tambahkan url arahan seperti. contoh onkelas .com/checkout/?add-to-cart=123 (Dimana, 123 adalah produk ID).
Disini, bila user klik button sales page, akan auto add to cart(ATC) pada web kedua tadi. Web besar banyak pakai kaedah macam ni. Elakkan terlalu banyak plugin dipasang, lagi lagi plugin tersebut kita tak kaji adalah plugin tersebut menyebabkan web berat & perlahan.

2. Sistem Tempahan Asing

Yang ni sama lebih kurang macam kat atas. Cuma, Web sales page lain & Web tempahan guna third party seperti Onpay or Ordersini. Jadi, web sales page hanya terima traffic banyak sahaja. Untuk pembelian, mereka akan isi borang di Onpay. Cara ni lebih selamat & tak memeningkan. Tapi, jika sistem yang melibatkan integrasi dengan membership, LMS, borang borang lain, lebih sesuai gunakan Woocommerce.Yang ni sama lebih kurang macam kat atas. Cuma, Web sales page lain & Web tempahan guna third party seperti Onpay or Ordersini. Jadi, web sales page hanya terima traffic banyak sahaja. Untuk pembelian, mereka akan isi borang di Onpay. Cara ni lebih selamat & tak memeningkan. Tapi, jika sistem yang melibatkan integrasi dengan membership, LMS, borang borang lain, lebih sesuai gunakan Woocommerce.

3. Gunakan Software

Sebenarnya, ada jer software dimana kita pakai web sales page yang hanya guna html, css jer.. tanpa PHP & Database. Ada sebahagian web, dia tak guna PHP & SQL DB. Tapi guna framework Bootstrap dan tanpa fungsi untuk sales page. Jadi, web yang tak melibatkan DB, dapat terima traffik terlalu tinggi dengan penggunaan ‘resources’ yang minima. Dimana, server load tak melibatkan terlalu banyak. Antaranya boleh pakai bootstrap. Platform builder yang gunakan bootstrap antaranya boleh gunakan mobirise.

Mobirise ni web design drag & drop juga, cuma tak sehebat fungsi Elementor sahaja. Jadi, untuk bootstap ni tak melibatkan apa apa penggunaan php & SQL database. Heavy Traffic akan dibawa ke sales page yang kurang penggunaan resources. Manakala, Filtered Traffic yang nak membeli shj akan ke Woocommerce atau third party sistem tempahan seperti Onpay

4. Asing PHP & SQL Database

Yang ni, jika web custom, yang memang buat jualan terlalu banyak, sementara tak nak pecah web yang melecehkan. Semestinya kena hire mereka yang pakar bab server. Masih gunakan web yang sama, cuma Server untuk DB diasingkan. Jika traffic terlalu tinggi & manakala traffic tinggi itu yang sedang buat tempahan. Bayangkan apa jadi pada server..Traffic tinggi yang ada buatkan resources sedia ada tinggi.Yang buat pembelian itu, sedia maklum urusan in out ke SQL DB tinggi. Semestinya, server load mendadak naik.

Masa ni, memang pakai shared hosting spec tinggi pun boleh breakdown. Melainkan, bila dah migrate ke VPS. Kenapa VPS boleh tampung? Kebanyakkan VPS adalah scalable. Dimana, Persediaan sebelum launching. Katakan, pada keadaan traffic biasa kita pakai 2Vcpu, 2GB RAM.. Bila nak launching ke 50K database misalnya. Kita scale VPS ke4Vcpu, 8GB RAM.. Dan sentiasa pantau server load, jika server load tinggi, ni yang boleh buatkan web breakdown.

Jika tak okay jugak. Mungkin boleh guna cara lain, seperti. Load balancing iaitu menggunakan beberapa server jadi traffic akan auto dibahagi bahagikan ikut server. Kita sebagai usahawan, kalau sales dah padu, sales puluh ribu sehari, bila web asyik down, tak payah pening pening fikir teknikal.. Upah je team Teknikal untuk setupkan habis cerita

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *