
Pada era globalisasi kini, hampir semua org dari seluruh dunia menggunakan aplikasi TikTok. Ramai pengguna termasuklah golongan orang muda dan tua menggunakan TikTok. Ini kerana, di TikTok, bukan sahaja pengguna disajikan dengan video hiburan, malah ada juga video-video bermanfaat serta video tips dan trick.
Feature upload video yang disediakan oleh TikTok menyajikan kombinasi antara musik, filter dan banyak lagi termasuklah ketika pengguna sedang live. Feature live di TikTok membuatkan pengguna menjadi lebih aktif serta membolehkan pengguna berhubung terus dengan pengguna. Dengan ini, bukan sahaja pengguna dapat menarik banyak viewers dan like, pengguna juga dapat membuat hasil dari pemberian gift di TikTok untuk ditukarkan kepada koin dan dijadikan pendapatan kewangan mereka.
Syarat-syarat Live di TikTok.
Aplikasi TikTok tidak akan memberi penggunanya terus menggunakan feature live dengan mudah. Pengguna haruslah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh aplikasi TikTok itu sendiri. Antara syarat-syaratnya ialah :
1. Pengguna mempunyai minima sebanyak 1000 orang Follower

Sekiranya follower pengguna TikTok kurang dari 1000 orang, ketika pengguna click ikon “+”, tiada feature “Go Live” akan dipaparkan. Yang ada hanyalah option merekod video dengan feature “60s, 30s, 15s” dan “templates”.
Content yang boleh digunakan untuk menarik lebih Follower : https://masterysuccesshq.com/follower-tiktok-kurang-viewer-low-content-ini/
Cara untuk naikkan follower dan viewer di TikTok : https://www.youtube.com/watch?v=sXUsrxPt468
2. Pengguna berumur 16 tahun dan keatas.

Tiktok akan meminta pengguna untuk memberitahu tarikh lahir pengguna ketika pengguna mula daftar akaun di aplikasi TikTok. Sekiranya pengguna berumur kurang dari 16 tahun, pengguna diharapkan supaya lebih bersabar sehingga umur mencecah 16 tahun. Diharapkan tiada penipuan umur dilakukan oleh pengguna kerana syarat ini di buat untuk kebaikan semua pengguna-pengguna TikTok yang lain.
3. Aplikasi TikTok sudah di Update.

Sekiranya syarat-syarat diatas semuanya sudah dipenuhi, tetapi feature “Go Live” di TikTok masih tidak dijumpai, pengguna hendaklah update aplikasi TikTok tersebut terlebih dahulu di Play Store atau App Store di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan update terbaru di aplikasi TikTok.
Cara update aplikasi TikTok : https://www.youtube.com/watch?v=WKmoIpEM7Oo
Artikel Asal : https://masterysuccesshq.com/