Dengan peredaran zaman dari buta IT hingga ke zaman celik teknologi kini, Facebook merupakan salah satu media sosial yang sangat popular. Ada antara pengguna Facebook yang ingin menjadi salah satu pengguna Facebook yang hebat atau Power. Sekiranya anda merupakan salah satu diantara mereka, kandungan ini sangat berguna untuk anda. 5 tips dan tricks yang dikongsikan ini dapat menjimatkan masa anda, dapat memberikan anda kelebihan berbanding pesaing anda dan dapat meningkatkan prestasi Facebook anda. Secara tidak langsung, anda mendapat sedikit info dan ilmu untuk mengembangkan penggunaan Facebook anda. Semoga Tip dan Tricks ini akan menjadi satu batu loncatan anda untuk ke peringkat yang selanjutnya.

1. Jadikan Profile Facebook Anda Lebih Menarik
Untuk membuat satu akaun di Facebook tidak sesukar yang disangkakan dan boleh dikatakan sangat mudah. Namun begitu, rahsia penting untuk menjadikan profile anda lebih menarik ialah mengoptimumkan masa dengan sebaiknya ketika mencipta akaun. Mengoptimumkan masa dalam membuat profile bermaksud, anda haruslah menggunakan nama yang ringkas dan mudah bagi username Facebook supaya orang mudah untuk mengenali anda dan siapa diri anda di Facebook. Ini kerana, kebanyakan pengguna di Facebook mengenali personaliti anda dari nama username yang telah ditetapkan di profil anda.
Tutorial cara Setup Profile Facebook : https://www.youtube.com/watch?v=nu8QH57Xzfg
2. Jadikan Audience Anda Menjadi Supporter
Sekiranya anda menjemput pengguna di Facebook untuk like page anda, pengguna tersebut boleh menjadi tidak selesa atau menganggap jemputan anda merupakan satu spam. Dimana, keputusannya akan sangat menghampakan anda. Jadi, antara cara yang sangat berkesan ialah ambil masa dan gunakan masa anda dengan sebaiknya untuk menulis mesej atau mencipta content. yang boleh menarik perhatian pengguna yang lain. Lebih baik lagi sekiranya anda menjemput pengguna yang pernah like post anda untuk like Facebook Page anda. Jadikan diri anda lebih Friendly dengan cara mention pengguna Facebook yang anda kenali atau rakan atau audience atau Supporter anda didalam satu post. Mereka akan menjadi lebih selesa dan post tersebut akan di kongsi kepada rakan-rakannya yang lain.

3. Tips & Tricks Bagi Facebook Business Page
Bagi Facebook Business Page, anda harus menjadikan Facebook Page anda unik. Ambil masa dan gunakan dengan sebaiknya untuk edit About, Event dan Photos di Facebook Page anda. Anda juga boleh kumpulkan ahli supporter, follower dan fans page anda kedalam satu Group di Facebook. Ini kerana, Facebook Group merupakan tempat yang terbaik untuk mengumpulkan dan membina satu komuniti yang mempunyai minat yang sama.
Tutorial cara membuat Group di Facebook : https://www.youtube.com/watch?v=aJAMX7FltEg
Tutorial cara membuat Page Bisnes di Facebook : https://www.youtube.com/watch?v=_eqvzCgmHMc

4. Buat Facebook Live
Facebook Live merupakan satu tempat yang sangat efektif dalam menambah audience Facebook. Facebook Live mencatatkan sebanyak 10 kali ganda komen yang diberikan berbanding post video biasa. Bukan itu sahaja, Facebook juga sentiasa mengutamakan video Live dengan cara meletakkan Facebook Live di tangga yang teratas di Newsfeed. Facebook juga sentiasa memberikan notifikasi sekiranya ada rakan atau pengguna Facebook yang berminat dengan Facebook Page tersebut untuk memberitahu tentang Facebook Live yang sedang berlangsung.
Cara untuk membuat Facebook Live dengan Smartphone : https://www.youtube.com/watch?v=XT2WsEmLRrk
5. Belajar Dari Kesalahan.
Jangan pernah serik dengan kesalahan yang dilakukan dan jangan pernah kenal erti putus asa. Ini merupakan salah tu sikap orang yang berjaya. Oleh kerana itu, sekiranya anda ingin berputus asa, ingatlah kembali mengapa anda bermula. semangat permulaan bagi setiap perbuatan haruslah konsisten. Sekiranya tidak, lebih baik anda tidak bermula langsung. Semua saintis tahu bahawa kajian akan sentiasa menuju kearah pengetahuan. Setiap kali anda post di Facebook anda, semakin hari anda akan semakin mengetahui tentang audience anda. Contohnya seperti tabiat, kesukaan dan kebencian mereka akan dipaparkan di Page’s Insight anda. Untuk memanfaatkan kesempatan ini, anda haruslah sentiasa rajin untuk memeriksa post di Facebook anda dan membuat penambahbaikan yang perlu untuk perancangan anda pada masa akan datang.
Cara untuk menggunakan Audience Insight : https://blog.hootsuite.com/facebook-audience-insights/
Artikel Asal : Ubaidullah Jaafar