
Semakin hari, content creator di TikTok semakin bertambah dan semakin kreatif. Semakin banyak pengguna-pengguna baru yang menjadi semakin popular dengan idea yang lebih fresh. Dengan secara tidak langsung, banyak pengguna di TikTok lebih gemar untuk melihat content yang lebih “fresh”. Ini juga akan membuatkan persaingan kepada TikTokers yang aktif lebih-lebih lagi ketika mereka membuat TikTok Live di aplikasi TikTok. Perkara ini juga sering berlaku kepada pengguna yang baru sahaja mencapai 1000 follower dan baru sahaja dapat menggunakan feature “Go Live“. Mereka terpaksa bersabar dengan penurunan viewers yang laju seperti air terjun.
Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan oleh TikTokers yang sedang mengalami masalah penurunan viewers dengan kelajuan yang tinggi. Antaranya ialah:
1. Tentukan Objektif TikTok Live Anda.
Setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup pasti ada tujuan dan objektif yang kita sendiri tentukan tidak kiralah sama ada ketika kita bekerja, berbisnes mahupun ketika kita melakukan TikTok Live.
“Apakah objektif TikTok Live anda? Apa yang ingin anda sampai dan kongsikan kepada audience di TikTok Live anda?” Ini antara soalan penting yang patut anda fikirkan sebelum memulakan TikTok Live.
Kita hendaklah memikirkan tentang matlamat kita terlebih dahulu sebelum memulakan langkah dalam melakukan setiap perkara. Jadi, setiap perkara yang dilakukan dalam hidup kita akan menjadi lebih teratur dan lebih terancang. Matlamat TikTok Live boleh menjadi macam-macam perkara. Contohnya, anda boleh menarik audience untuk mengenali diri anda dan sosial media anda yang lain, membuat engagement ataupun membangunkan satu komuniti.
2. Memilih Topik atau Tajuk
Selepas objektif telah ditentukan, langkah yang kedua pula ialah memilih topik yang sesuai dengan matllamat yang anda telah tetapkan disertai dengan tajuk yang boleh menarik perhatian ramai audience.
Live di Tiktok bukanlah satu movie atau rancangan televisyen yang hanya bersiaran satu kali atau satu hari sahaja. Membuat Tiktok Live juga sama seperti setiap perkara yang kita lakukan seharian. Ia juga memerlukan proses yang boleh memakan masa. Jadi, anda haruslah mempunyai satu list topik yang anda ingin lakukan untuk menjadikan flow penstriman live di TIktok anda menjadi lebih lancar dan konsisten.
Anda juga boleh membuat Live di TikTok anda menjadi satu penstriman bersiri yang berlangsung 10 hingga ke 15 minit untuk membincangkan satu topik dan berlangsung selama seminggu atau sebulan. Dengan ini, secara tiidak langsung TikTok Live anda dapat membuat engagement dan dapat menarik minat audience yang sama minat dengan diri anda serta dapat menghasilkan audience dan viewer setia di TikTok anda.
Sebagai contoh, anda boleh membincangkan satu topik atau isu semasa yang berlaku bersama audience sedia ada di Live anda. Apabila terdapat pertanyaan atau pun masalah yang timbul, perkara tersebut boleh diketengahkan dan menjadi topik perbualan dan perbincangan bersama audience yang lain.
3. Rancang Structure TikTok Live Anda
Kebanyakan TikTokers yang sudah mencukupi syarat untuk membuat Live pasti rasa bersemangat dan beria untuk menekan button “Go Live” di TikTok. Namun begitu, anda harus ingat, kebanyakanya tidak semua perkara berlaku dengan lancar berbanding dengan perancangan berstruktur.
Jadi, anda haruslah merancang apa yang harus anda lakukan dari bermula, penghujung serta sepanjang Live berlangsung.
Antara structure yang boleh anda ikut adalah seperti berikut :
Perkenalkan Diri Anda: Perkara pertama yang penting anda harus lakukan ialah dengan memperkenalkan diri anda dan apa kepakaran ataupun pekerjaan supaya audience anda menjadi lebih selesa dengan anda.
Memberitahu Topik Yang Ingin Dibincangkan: Setelah bilangan audience yang anda mahukan telah tercapai, anda boleh terus memberitahu topik apa yang akan anda bincangkan di dalam Live tersebut.
Buat Pre-Plan Format Live: Bagaimanakah anda akan membincangkan topik di Live anda? Anda mestilah menentukan sama ada ingin membuat perbincangan secara QnA, atau hanya berkomunikasi dengan audience dengan hanya membaca melalui ruangan komen atau ingin menggunakan feature multi-live together iaitu invite audience untuk Live bersama untuk membincangkan tentang topik tersebut.
Live Duration: Anda juag mestilah merancang berapa lama TikTok Live anda akan berlangsung? Masa yang paling disyorkan ialah 30 minit dan kebawah. Ini bertujuan supaya audience anda tidak cepat merasa bosan dan lebih mmemilih untuk menanti TIktok Live anda yang seterusnya akan berlangsung. Topik yang dibincangkan juga dapat dibincangankan secara on-point dan kurang melencong ke topik-topik lain.
4. Memilih Slot Masa Yang Terbaik.

Membuat TikTok Live tanpa audience merupakan salah satu inisiatif yang sangat tidak berguna. TikTokers haruslah memilih masa yang tepat supaya tidak bersiaran langsung ketika kurang audience yang akan menonton. Pengguna juga harus mengetahui masa target audience ramai menggunakan aplikasi TikTok supaya TikTok Live dapat mencapai target bilangan audience yang diinginkan.
5. Menjaga Kualiti Technicalities
Terdapat beberapa kualiti teknikal yang perlu dijaga dan diambil perhatian sebelum memulakan TikTok Live berlangsung. Antaranya ialah :
Pastikan Lightning yang Betul: Lightning yang salah atau kurang baik boleh membuatkan audience kurang berminat dan berminat untuk menonton TikTok Live anda. Jadi anda haruslah berjaga-jaga dan pastikan anda berada dalam keadaan dan tempat yang betul dengan lightning yang betul dan membuat penambahan lampu sekiranya perlu untuk menjaga kualiti Tiktok Live anda.
Memeriksa Sound dan Audio: Audio dan sound yang teruk merupakan perkara yang lebih buruk berbanding lightning yang teruk. Ini kerana, audience tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang anda ingin sampaikan ketika Live berlangsung. Audience yang masuk ke Live anda lebih berminat untuk mendengar apa yang anda katakan berbanding bunyi bising disekeliling anda termasuk lah bunyi anjing jirang anda yang sedang menyalak ataupun bunyi lori yang sedang berjalan serta hon kereta dipersekitaran anda. Ini dapat membuatkan audience menjadi kurang berminat dan lebih memilih untuk tidak memasuki Live anda.

Rangkaian Internet Yang Baik: Anda mestilah sentiasa memeriksa connection internet anda supaya dapat mengurangkan risiko berlakunya lag ketika Tiktok Live anda berlangsung.
Artikel Asal : https://masterysuccesshq.com/blog/
Tips dan Tricks untuk Live Di TikTok Like a Pro : https://www.youtube.com/watch?v=A1J1srya7dk