5 Kategori TikTok Ads Yang Marketer Perlu Tahu dan Perlu Pilih

Facebook
Twitter
LinkedIn

Memperkenalkan TikTok Ads pada era kini. Aplikasi yang dahulunya hanya menyajikan feature video pendek dan audio latar serta lip-sync untuk penggunanya, kini menjadi salah satu aplikasi yang menyediakan servis Ads. Dari targeting, penciptaan iklan atau ads, insight report, dan ad management tools juga kini di sediakan oleh TikTok ads. TikTok ads menawarkan platform yang powerful serta sangat mudah digunakan untuk membantu perniagaan dan brand advertise kepada berjuta-juta pengguna TikTok di seluruh dunia.

Sementara Tiktok Ads baru sahaja menceburi bidang ads dan masih belum dikenali ramai berbanding Facebook Ads dan Instagram Ads, ini merupakan peluang dan kesempatan yang sangat terbaik bagi jenama-jenama yang ingin memperluaskan pengenalan jenama mereka. Sekarang merupakan masa terbaik untuk menggunakan TikTok Ads memandangkan masih belum banyak brand dan perniagaan yang tertarik untuk menggunakan TikTok Ads.

TikTok Ads mempunyai terbahagi kepada 5 kategori iaitu :

1) In-Feed Ads
2) Brand Takeover
3) TopView
4) Branded Hashtag Challenge
5) Branded Effects

In-Feed Ads

In-Feed Ads merupakan iklan video yang muncul diantara video ketika pengguna scroll video di For You Page. Sekiranya anda kurang familiar dengan aplikasi TikTok dan For You Page, ianya lebih kurang sama dengan iklan yang muncul ketika anda sedang menonton Instagram Stories.

Dalam kategori In-Feed Ads , mempunyai kreativiti yang tinggi merupakan salah satu bonus untuk anda. Ini kerana, anda boleh merekod video dimana-mana sahaja berdurasi 9 hingga 15 saat. Anda juga boleh memasukkan pelbagai call-to-action didalam video anda.

Antara contoh call-to-action yang boleh anda masukkan ialah anda boleh menggalakkan pengguna untuk membeli, memuat turun aplikasi, atau terus melayari website anda terus dari TikTok.

Contoh yang feature CTA (Call-to-Action) yang digunakan oleh Adobe Lightroom (Lr).

In-Feed Ads haruslah menjadi satu content yang boleh menarik perhatian atau menangkap minat pengguna lain untuk melihat content anda. Content haruslah dalam mode fullscreen. Anda hanya menpunyai sekitar 2 ke 3 saat untuk menarik minat pengguna sebelum content anda di skip oleh pengguna lain.

Cara untuk mengelakkan pengguna Skip Content anda klik disini : TikTok Expert

Brand Takeover

Pernahkah anda membuka aplikasi TikTok dan terus disajikan dengan iklan video pada permulaan aplikasi? Itulah yang dinamakan sebagai Brand Takeover Ads.

Brand Takeover Ads muncul setelah aplikasi TikTok dibuka dengan menyajikan satu iklan video full screen kepada target audience yang telah ditetapkan.

Ini merupakan salah satu pilihan TikTok ads yang baik untuk digunakan untuk menyampaikan mass awareness dan terus menggalakkan direct sales kerana anda dapat meletakkan mesej anda betul-betul dihadapan target audience anda.

Bukan sahaja iklan ini akan disajikan setelah pengguna membuka TikTok, malah iklan ini juga boleh muncul di halaman For You dengan bentuk gambar statik atau berbentuk GIFs atau video yang disertakan dengan link yang boleh diklik untuk menarik pengguna pergi ke laman yang telah ditetapkan atau menunjukkan Hashtag Challenge di TikTok.

Pasti anda pernah melihat #MBStarChallenge dari Mercedes bukan? Iklan Hashtag Challenge ini sedang berleluasa di aplikasi TikTok. Gambar dibawah merupakan beberapa gambar yang melibatkan #MBStarChallenge.

Brand Takeover ads merupakan iklan yang sangat ekslusif berbalik kepada kategorinya. Ini bermaksud TikTok akan memastikan pengguna TikTok tidak akan melihat iklan Brand Takeover lebih dari satu kali sehari. Dengan bantuan Brand Takeover Ads, iklan anda dapat menarik minat lebih ramai pengguna dengan persaingan yang sedikit.

Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna yang baru sahaja ingin menggunakan feature TikTok Ads, Brand Takeover mungkin bukan pilihan yang tepat bagi anda. Oleh kerana iklan yang sangat berkesan, Brand Takeover hadir dengan kos yang tinggi.

Sekiranya anda merupakan jenama yang besar dengan bajet marketing yang tinggi, ini merupakan iklan yang sangat disyorkan untuk anda untuk mempercepat proses growth dan reach lebih ramai kelompok pengguna TikTok yang lain.

TopView

TopView ads merupakan iklan yang dibina berdasarkan dari Brand Takeover ads. Apa yang membezakan TopView ads ini adalah pengguna TikTok tidak akan disajikan iklan pada permulaan setelah aplikasi dibuka, tetapi iklan akan muncul setelah 3 saat pertama dari In-feed post.

Branded Hashtag Challenge

Branded Hashtag Challenge merupakan advertising lain dari yang lain. Anda semestinya pernah jumpa Branded Hashtag Challenge di bahagian halaman Discover di dalam aplikasi TikTok.

Lebih kurang sama dengan hashtag challenge dan trend di aplikasi TikTok, Branded Hashtag Challenge menyediakan kedua khidmat organik dan sponsored untuk brands.

Sekiranya pengguna klik pada sponsored hashtag. Mereka akan pergi ke landing page di TikTok yang mempunyai logo brand, link website, sedikit penerangan tentang challenge tersebut, dan video yang popular menggunakan hashtag tersebut.

Sekiranya anda ingin mencapai pendedahan yang maksimum, nilai untuk melancarkan hashtag tersebut boleh mencecah $150,000 sehari untuk disiarkan di halaman Discover TikTok.

Tutorial Branded Hashtag TikTok klik disini

Branded Effects

Kini Tiktok menyediakan stickers brand yang boleh dikongsi, AR filter, and lenses dalam advertising mix. Branded effect boleh disiarkan sehingga 10 hari sekali post. Ini merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk encourage pengguna untuk terus berhubung dengan brand anda dengan cara yang menarik.

Contoh branded effect klik disini

Artikel Asal : Ubaidullah Jaafar

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *