12 Langkah Mudah Bagi Menggunakan Menggunakan TikTok Ads

Facebook
Twitter
LinkedIn

Aplikasi TikTok merupakan salah satu platform yang digunakan oleh marketer dan peniaga online diluar sana untuk menaikkan jualan produk mereka. Salah satu feature yang disediakan TikTok adalah TikTok Ads. TikTok Ads membantu peniaga online untuk menarik perhatian pengguna TikTok yang lain. Ini merupakan salah satu strategi yang sangat bagus bagi peniaga online. TikTok Ads berfungsi lebih kurang sama dengan Facebook Ads. Namun begitu, TikTok Ads boleh dikatakan masih baru dan belum dikenali oleh banyak pihak. Selain itu, TikTok Ads hanya berfokus pada video marketing. Dengan ini, peniaga yang baru memulakan perniagaan online dan mahu menaikkan jualan, TikTok Ads merupakan salah satu jalan yang sangat relevan untuk digunakan.

Untuk memulakan TikTok Ads, pengguna dikehendaki faham dan tahu langkah-langkah yang perlu diambil supaya TikTok Ads dapat digunakan dan berjalan lancar tanpa ada masalah yang timbul. TikTok Ads tidak sesukar yang disangka dan sangat mudah digunakan serta mudah untuk dipantau sekiranya pengguna tahu cara dang langkah yang betul sebelum menggunakannya.

Langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pengguna adalah seperti berikut:

1) Pergi Ke TikTok Ads Homepage

Di TikTok Homepage pengguna boleh memilih sama ada log-in dengan akaun TikTok sedia ada pengguna atau boleh sign-up akaun yang baru.

Tiktok Ads

2) Pilh Salah Satu Antara Agency Atau Advertiser

Di paparan ini, pengguna disarankan untuk memilih advertiser sekiranya pengguna tidak terikat dengan mana-mana agensi.

Tiktok Ads

3) Register Akaun dan Lengkapkan Maklumat Yang DiMinta

Tiktok Ads

4) Set up Cara Pembayaran Anda.

Pengguna boleh menetapkan sama ada ingin membayar secara manual atau automatik. Disini, pengguna disarankan untuk menggunakan bayaran secara manual supaya pengguna boleh mengawal bajet dan mengurangkan kerugian sekiranya ada iklan yang tidak mendapat perhatian audience yang lain dan pembayaran yang dibuat hanyalah sia-sia. Nampak agak leceh, namun percayalah, ini adalah jalan yang terbaik.

Tiktok Ads

5) Pilih Simplified Atau Custom Mode

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang masih baru dan tidak tahu apa-apa tentang Ads, pengguna boleh memilih Simplified Mode. Namun begitu, Mode yang disarankan disini adalah Custom Mode. Ini kerana, lebih banyak perkara yang boleh di tetapkan oleh pengguna.

Tiktok Ads

6) Pilih Objektif

  1. Awareness
    • Reach :  Paparkan iklan anda kepada bilangan maksimum orang
  2. Consideration
    • Traffic: Drive trafik ke URL laman web tertentu.
    • App Installs: Drive trafik to muat turun aplikasi.
    • Video Views: Maksimumkan iklan video.
    • Lead Generation: Menggunakan pre-populated Instant Form untuk kumpulkan leads.
  3. Conversions
    • Conversions: Drive actions tertentu ke laman yang ditetapkan, seperti purchase atau subscription.
    • Catalog Sales: Dynamic ads berpandukan produk di catalog.
Tiktok Ads

7) Namakan Campaign dan Tetapkan Bajet

Berikan campaign nama yang mudah dikenali oleh pasukan anda. Panjang perkataan boleh mencecah sehingga 512 aksara.
Jika anda mempunyai bajet yang berpanjangan atau memilih untuk menetapkan had belanjawan untuk kumpulan iklan tertentu dan bukannya keseluruhan kempen, anda boleh memilih untuk menetapkan No Limit pada belanjawan campaign anda. Jika tidak, pilih sama ada anda mahu menetapkan belanjawan Daily atau Life Time untuk campaign anda.

Tiktok Ads

8) Namakan Ad Group dan Pilih Placement

Setiap campaign boleh membuat satu hingga 999 kumpulan iklan. Setiap nama kumpulan iklan boleh mengandungi sehingga 512 aksara.
Pengguna boleh memilih placements yang berbeza bagi setiap satu ad group.Tidak placements tersedia in semua tempat:

  • TikTok placement: In-feed ads berada di For You feed.
  • News Feed App placement: Ads TikTok’s didalam aplikasi TikTok — BuzzVideo, TopBuzz, NewsRepublic, and Babe.
  • Pangle placement: Network penonton TikTok .
  • Automatic placement membolehkan TikTok untuk optimize ad delivery secara automatik .

9) Target Audience

Seperti kebanyakan iklan sosial, TikTok membolehkan pengguna memaparkan iklan secara khusus kepada pasaran sasaran. Anda boleh menggunakan audience yang serupa atau menyasarkan iklan berdasarkan:

  • Gender (Jantina)
  • Age (Umur)
  • Location (Lokasi)
  • Language (Bahasa)
  • Interests (Minat)
  • Behaviors (Tingkah Laku)
  • Device details (Butiran Peranti)

10) Set Group Ad dan Schedule

Anda telah pun menetapkan belanjawan untuk keseluruhan campaign anda. Kini tiba masanya untuk menetapkan belanjawan untuk kumpulan iklan dan menetapkan jadual yang akan disiarkan.

Pilih belanjawan harian atau sepanjang hayat untuk kumpulan iklan anda, kemudian pilih masa mula dan tamat. Di bawah Dayparting, anda juga boleh memilih untuk menyiarkan iklan anda pada masa tertentu sepanjang hari (berdasarkan zon waktu akaun anda).

11) Tetapkan Strategi Bidding dan Optimization

Pada mulanya, pilih optimization goal: conversion, clicks, atau reach. Objektif campaign pengguna akan automatik mengenalpasti goal pengguna.

Seterusnya, pilih strategi pembidaan anda.

  • Bid Cap: Jumlah maksimum per click (CPC), per view (CPV), or per 1,000 impressions (CPM).
  • Cost Cap: Purata cost per result untuk optimize CPM. Kos akan berubah-ubah di atas dan di bawah jumlah bida namun, masih dalam purata daripada bida yang ditetapkan.
  • Lowest Cost: Sistem iklan menggunakan belanjawan kumpulan iklan untuk menjana bilangan maksimum hasil yang mungkin pada kos terendah setiap hasil.

12) Buat Ads

Setiap kumpulan iklan boleh mempunyai sehingga 20 iklan. Setiap nama iklan boleh mengandungi sehingga 512 aksara dan untuk kegunaan dalaman sahaja (ia tidak dipaparkan pada iklan itu sendiri).
Pada permulaan, penngguna diminta untuk memilih format iklan : gambar, video, atau Spark ad.

Pengguna boleh menambah foto atau video ataupun buat video dalam Ads Manager menggunakan templat video atau tools  pembuatan video. Difahamkan bahawa kajian TikTok menunjukkan sekiranya pengguna menggunakan editor video TikTok, pengguna boleh mengurangkan kos setiap sehingga 46%.
Pilih salah satu daripada default thumbnails, atau memuat naik sendiri konten pengguna. Kemudian, masukkan teks dan link. Lihat preview iklan anda di sebelah kanan skrin, tambahkan sebarang tracking link yang berkaitan dan klik Submit.

Artikel Asal : Ubaidullah Jaafar

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *